Salah satu tempat yang seronok untuk mencari sebarau. Lokasinya yang dikawal dan tidak boleh dimasuki oleh orang luar membuatkan sabarau memenuhi kawasan tadahan air ini. Pada awal pagi terdapat banyak riak sebarau yang naik ke permukaan air, tetapi hilang apabila matahari mula memancar terik.
Pemandangan yang cantik diawal pagi
Hanya motor yang boleh melalui jalan disini
Sebarau pertama yang mengambil pensil zerek (trail weaver)
Terletak di rawang selangor, lombong ini masih menyimpan toman2 yg bersaiz mega. Terdapat juga spesis lain seperti pb, sebarau & lampam. Tetapi sekarang tempat ini sudah dipenuhi dengan ikan keli, dan membuatkan ikan toman kurang menggemari gewang.
Menggunakan set rapala koivu 6-12lbs , shimano cqdc 101 & jf handmade
Antara hasil rare yang terdapat di tasik ukm. Sedang asyik layan slow popping untuk pb, nampak olak laju dari tepi dan terus menyambar popper. Dalam hati dah berangan mungkin dapat renew rekod pb , tapi bila sampai tepi pacu la pulak.
Rekod peribadi yang masih kekal sehingga sekarang. Mama yang sangat sombong pada mulanya, hampir semua gewang dalam box digunakan tapi dia tetap buat tidak tahu sahaja. Dan pada minit2 terakhir, pensil strikepro juga yang menjadi.