Sunday, 25 June 2017

Melayang PB Di Lombong Jenderam Hilir (14/7/2016)


        
    Ni masa baru belajar melayang, ikan pertama di jenderam



Clouser warna oren memang menjadi pada hari itu


Semua pb selamat di cnr semula

                                           

Antara video melayang pb di jenderam

Sebarau Hulu Langat (3/1/2016)


        Salah satu tempat yang seronok untuk mencari sebarau. Lokasinya yang dikawal dan tidak boleh dimasuki oleh orang luar membuatkan sabarau memenuhi kawasan tadahan air ini. Pada awal pagi terdapat banyak riak sebarau yang naik ke permukaan air, tetapi hilang apabila matahari mula memancar terik.

 

Pemandangan yang cantik diawal pagi

  

Hanya motor yang boleh melalui jalan disini


 Sebarau pertama yang mengambil pensil zerek (trail weaver)





Casting Toman Bujang 4kg (28/5/2016)


        Terletak di rawang selangor, lombong ini masih menyimpan toman2 yg bersaiz mega. Terdapat juga spesis lain seperti pb, sebarau & lampam. Tetapi sekarang tempat ini sudah dipenuhi dengan ikan keli, dan membuatkan ikan toman kurang menggemari gewang. 

Menggunakan set rapala koivu 6-12lbs , shimano cqdc 101 & jf handmade


Toman bujang yang terlebih sihat


Membulan Di Belakang MCD Kuala Selangor (28/4/2015)


Antara bulan yang berjaya didaratkan






Pacu Tasik UKM (28/3/2016)


          Antara hasil rare yang terdapat di tasik ukm. Sedang asyik layan slow popping untuk pb, nampak olak laju dari tepi dan terus menyambar popper. Dalam hati dah berangan mungkin dapat renew rekod pb , tapi bila sampai tepi pacu la pulak.


Popper halco 4cm & single hook okfish


Mama Toman Bestari Jaya (9/2/2016)


Mama toman pertama untuk tahun 2016. Sayangnya tempat ini sudah hampir kering untuk kerja-kerja pengorekan pasir. 



Lure senses saviors 70s (white tiger)



Ikan dah nak naik baru dapat rakam


Mama Toman Bukit Beruntung (5/3/2016)


              Rekod peribadi yang masih kekal sehingga sekarang. Mama yang sangat sombong pada mulanya, hampir semua gewang dalam box digunakan tapi dia tetap buat tidak tahu sahaja. Dan pada minit2 terakhir, pensil strikepro juga yang menjadi. 




Pensil strikepro penuh dalam mulut mama




Aksi pertarungan dengan mama




Melayang Haruan Di Tasik Bagan Lalang (4/12/2016)


           Mendapat info dari kenalan yang mengatakan tasik disini terdapat siakap, bulan & ladyfish. Hasil dari perbualan dari pemancing yang berada disini, terdapat juga ikan lain seperti toman, haruan & peacockbass. 



Pattern yang digunakan



Mama Toman Unisel (30/10/2015)


       Mama toman pertama saya dalam dunia casting, sejak dari itu toman terus menjadi target utama bila keluar memancing. 
Menggunakan set okuma nemesis 2-6lbs , rapala rage , kirin 10lbs & rapala rr5(parrot)